sksentul1.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : sksentul1@zoom-a.com
| Laman Utama | Sekapur Sirih | Sejarah | Panorama | Falsafah Pendidikan | Falsafah Sekolah | Doa Sekolah | Lagu Sekolah | Staf Akademik | Staf Sokongan | PIBG | Keputusan UPSR | Kurikulum | HEM | Kokurikulum | Aktiviti | Pencapaian Kokurikulum | Pautan | Buku Pelawat | Muaturun | Mari Berbual | Peta & Lokasi | SMS4U |

SEJARAH SEKOLAH
D
BILNAMA GURU BESAR

TEMPOH BERKHIDMAT

1.EN. SHAARIN BIN ANTAH

1946

2.ENCIK MD JUDA BIN OTHMAN

HINGGA

3.ENCIK SULAIMAN BIN HAJI MD. SHARIFF

1958

4.ENCIK BABA BIN KASSIM

1958 – 1962

5.ENCIK MOHD ALI BIN BAKI

1963 – 1969

6.ENCIK ABDULLAH BIN SUTAN BETUAH

1970 HINGGA

7.ENCIK HAMZAH BIN JAYUS

1982

8.PUAN JASMIN BT MOHAMAD

1982 – 1987

9.ENCIK SABIRIN BIN HAJI JAMIL

1987 – 1993

10.TUAN HAJI ABD. RAZAK BIN HAJI MOHD YUSOF

1993 – 1984

11.ENCIK AZHARI BIN OMAR

1984 – 2004

12.PUAN NOR AISHAH BT ASADUR RAHMAN

2004 – 2008

13.PUAN CHAN BEE TIN

2008 - SEKARANG

Sekolah Kebangsaan Sentul telah diasaskan pada pertengahan tahun 1946 di Lot No. 3939 Daerah Gombak.  Asalnya dikenali dengan Sekolah Melayu Sentul.  Ini disebabkan murid-muridnya terdiri daripada anak-anak Melayu sahaja. Nama  Sekolah Melayu Sentul digunakan dari tahun 1946 hingga 1957.  Selepas itu ditukarkan kepada Sekolah Umum Sentul.  Idea penubuhan sekolah ini lahir dari beberapa penduduk tempatan kerana anak-anak mereka terpaksa belajar di Sekolah Melayu Gombak dan Setapak.

 

Satu jawatankuasa kerja bagi mengelolakan penubuhan sekolah ini ditubuhkan.  Ustaz Mohamad Ali b. Kalam telah dipilih sebagai Pengerusi, Yang Mulia Raja Ahmad Idris pula sebagai Setiausaha.  Beberapa orang Ahli Jawatankuasa juga dilantik.  Mereka ialah Datuk Empat Jaafar, Datuk Empat Khatib b. Sutan Bendahara, En. Ghouth b. Ahmad, En. Abas b. Yunus dan lain-lain lagi.

 

Langkah pertama yang diambil oleh Ahli Jawatankuasa ialah dengan mengadakan pertemuan dengan Dato’ Hamzah b. Abdullah, Menteri Besar Selangor pada masa itu dan juga Tuan Douglas Meor selaku Ketua Pegawai Pelajaran Selangor supaya pihak kerajaan mendirikan sebuah Sekolah Melayu di Sentul.  Pertemuan itu berjaya akhirnya penubuhan Sekolah Sentul diisytiharkan.

 

Sementara menantikan bangunan sekolah siap, murid-murid terpaksa menumpang di Sekolah Tamil.  Pada tahun 1949, kerajaan telah mendirikan  sebuah bangunan sekolah bertaraf sementara.  Bangunan sekolah ini berdindingkan papan dan beratapkan asbestos dan diberi nama  ‘ SRI CEMPAKA ‘kekal sehingga tahun 1970.  Dari tahun 1946 sehingga tahun 1957, Sekolah Kebangsaan Sentul ditadbirkan oleh 3 orang Guru Besar.  Guru Besar yang pertama ialah En. Shaarin b. Antah,  Kedua En. Md. Juda b. Othman dan ketiga En. Sulaiman b. Haji Md. Shariff.

 

Pada 31.12.1958 tempat En. Sulaiman b. Haji Md.  Shariff digantikan dengan Guru Penolong Kanan sekolah iaitu En. Baba b. Kasim.  Di bawah pentadbirannya beberapa perubahan telah dibuat. 

 Diantara pencapaian-pencapaian yang terbaik :-

  1. Dua orang murid darjah enam telah dipilih belajar ke Kolej Melayu Kuala Kangsar iaitu Baharom b. Baba dan Ibrahim b. Abd. Jalil mewakili Selangor ketika itu.     

  2. Tahun 1962, Azmi bt. Aziz berjaya melanjutkan pelajarannya ke    Sekolah Tun Fatimah , Johor Bahru.

  3. Pasukan bola jaring SKS berjaya menjadi Johan Negeri Selangor pada tahun 1954 dan 1955.Pasukan senaman SKS menjadi Johan Senaman Peringkat Negeri      pada tahun 1956.Pada tahun 1961, Rosnah bt Akashah mengharumkan nama SKS kerana dipilih sebagai pemenang Pingat Hang Tuah.  

En. Baba juga terkenal dikalangan penduduk tempatan kerana kegiatan di luar sekolah.  Beliau merupakan salah seorang pengasas Masjid Hidayah Sentul.  Akhir tahun 1962 beliau ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Kajang, Selangor.

 

Pada tahun 1963 hingga 1969, En. Mohd. Ali b. Baki telah menjadi  Guru Besar.  Guru-guru ketika itu seramai 26 orang manakala murid-murid pula seramai 637 orang dengan 15 buah bilik darjah.

 

Pada tahun 1970, tempat beliau diambil oleh En. Abdullah b. Sutan Betuah.  Pada masa beliaulah bangunan dua tingkat dapat dibina iaitu pada tahun 1972 dan mula digunakan pada awal tahun 1973.  Bangunan ini diberi nama Munshi Abdullah.  Bangunan kantin yang dibina pada tahun 1962 juga diperbaiki.  Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru SKS ditubuhkan.  Pertambahan murid-murid menjangkau ke angka ribu.  Ini disebabkan keyakinan orang-orang Melayu terhadap Sekolah Kebangsaan dan juga keujudan rumah-rumah pangsa dan pembukaan kampung-kampung setinggan di sekitar sekolah.

 

 En. Hamzah b. Jayus menggantikan tempat En. Abdullah  b. Sutan Betuah yang bersara.  Pada bulan Februari 1982, beliau ditugaskan sebagai Penyelia SK/SRK di pejabat Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan.  Tempat beliau digantikan oleh Pn. Jasmin  Binti Mohamed dari SRK Convent Sentul (1).  Beliau mula bertugas di sekolah ini pada 16 Mac 1982 dan merupakan Guru Besar wanita yang pertama di sekolah ini.

 

Sekolah Kebangsaan Sentul berkembang dengan pesatnya.  Murid-murid bertambah kepada 1786 orang dan guru-guru pula seramai 62 orang.  Sehingga tahun 1986 jumlah ini terus meningkat ke angka 2036 orang murid.

 

Memandangkan pertambahan yang pesat ini PIBG telah merayu kepada Kementerian Pendidikan bagi menambah bilangan kelas.  Pertambahan ini juga menyebabkan 4 kelas darjah enam sekali lagi terpaksa menumpang di Sekolah Tamil Sentul.  Pada tahun 1984 sebuah bangunan kilat 6 bilik darjah telah dibina.  Tahun 1986 bangunan 3 tingkat pula siap dibina.

 

Beliau juga berusaha mendapat bantuan dari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Wilayah Persekutuan bagi membiayai makanan murid-murid miskin.  Perkim Cawangan Wilayah Persekutuan telah menderma 10 buah kipas siling,  Syarikat Tan Choong Motor telah menyumbang sebanyak 2,000.00 bagi membiayai pembinaan pentas dan lampu gelanggang badminton.

 

Beliau sentiasa berusaha mempertingkatkan mutu pelajaran dan kebajikan murid-murid.  Dalam bidang sukan juga SKS boleh dibanggakan.  Semenjak 1981 sekolah ini telah dipilih menjadi tuan rumah MSSWP Zon Sentul dimana Setiausahanya ialah En. K. Periasamy.  Pada tahun 1982, pasukan bola sepak sekolah menjadi Naib Johan Wilayah Persekutuan sementara pasukan boleh baling lelaki dan perempuan pula menjadi Johan Wilayah Persekutuan berturut-turut selama tiga tahun. 

 

Di dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima Tahun 1986 seramai 13 orang murid sekolah ini berjaya mendapat 5 A dan kesemuanya telah dipilih melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh.

 

Awal tahun 1987, Sekolah Kebangsaan Sentul telah dipecahkan kepada Sekolah Kebangsaan Sentul (1) dan (2).  Murid-murid telah dibahagikan mengikut sesi persekolahan.  Bilangan murid SKS (1) ketika itu seramai 1,133 orang dan 41 orang guru.  Pejabat sekolah juga berasingan begitu juga peralatan-peralatan sekolah.  SKS (1) telah dipilih oleh Jabatan Pendidikan Wilayah persekutuan sebagai  Pusat Sumber Daerah Sentul.  Pn. Jasmin Mohamed menjadi Pengerusinya dan En. Abdul Rahman b. Abu Bakar dilantik sebagai Setiausaha / Penyelaras.

 

Pn. Jasmin Mohamed bersara pada 16 Mac 1987.  Tempat beliau digantikan oleh En. Sabirin b. Haji Jamil.  Beliau dibantu oleh Puan Mahnom bt Sudin sebagai Guru Penolong Kanan (1), Puan Jalilah bt. Abd. Rahim sebagai Guru Penolong Kanan (2) dan Encik Segarasa Singam sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum.  Usaha untuk memajukan SKS (1) diteruskan oleh beliau sehingga 14 September 1993.  Semasa pentadbiran beliau satu blok bangunan dibina bersebelahan dengan rumah guru.  Bangunan ini digunakan sebagai Pusat Kegiatan Guru Daerah Sentul.  Tempat Puan Jalilah bt. Abd. Rahim Guru Penolong Kanan (2) digantikan oleh Tuan Haji Abd. Razak b. Haji Mohd. Yusof.  Selepas persaraan En. Sabirin b. Haji Jamil, Tuan Haji Abd. Razak b. Haji Mohd. Yusof menjalankan tugas sebagai Pemangku Guru Besar.

 

Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Kebangsaan Sentul (1) ialah Yang Berbahagia Ustaz Mohamad Ali b. Kalam yang berkhidmat terhadap sekolah ini semenjak tahun 1946 lagi .  Semoga diberkati Allah hendaknya.

 

Selepas persaraan En. Sabirin b. Haji Jamil,  Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah menghantar En. Azhari b. Omar menjadi Guru Besar yang ke 11 di Sekolah Kebangsaan Sentul (1), Kuala Lumpur.

 

Pada bulan April 2003, bangunan lama sekolah telah dirobohkan dan digantikan dengan bangunan baru. Tanggal 26 Februari 2004 warga SK Sentul (1) mula menggunakan bangunan baru yang tersergam indah.

 

Pada 1 Disember 2004 guru besar SKS (1), Encik Azhari bin Omar telah ditukar ke Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul dan diganti oleh Puan Nor Aishah binti Asadur Rahman.